Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

91  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1483.
Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Orang mulia, anak orang mulia, anak orang mulia, anak orang mulia, ialah Yusuf bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim a.s."

92  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0262.
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Ada seorang anak perempuan hitam, hamba sahaya kepunyaan seorang Arab yang kemudian dimerdekakannya, namun begitu masih tinggal bersama-sama dengan mereka. Sahaya itu bercerita, "Pada suatu hari anak gadis mereka keluar rumah dengan memakai selendang kulit berwarna merah. Kemudian selendangnya itu diletakkannya atau mungkin jatuh. Kebetulan seekor burung helang lalu, lalu menyambar selendang itu kerana disangkanya daging. Kemudian mereka mencari selendang tadi, tetapi tidak menemukannya. Lalu mereka menuduh anak perempuan hitam itu mengambilnya, dan mereka memeriksanya dengan teliti, sehingga kemaluannya pun diperiksa juga. Kata sahaya itu, Demi Allah, ketika saya berdiri bersama-sama mereka, tiba-tiba burung helang itu lalu dan menjatuhkan selendang itu kembali tepat di antara mereka. Kataku, 'Inilah yang anda semua tuduhkan kepada ku, sedangkan aku tidak bersalah apa-apa. Inilah dia! lnilah dia! Kemudian sahaya itu datang kepada Rasulullah saw. lalu dia masuk Islam. Kata ' Aisyah, "Semenjak itu ia memperoleh sebuah tempat tinggal di masjid; sering datang serta bercakap-cakap dengan ku. Setiap kali ia duduk di dekatku ia selalu berujar: "Dan hari selendang itu adalah suatu keajaiban dari Tuhan kita. "Ingatlah ! Peristiwa itu telah melepaskan aku dari belenggu kekafiran." Kata 'Aisyah pula, "Aku bertanya kepadanya: Apakah sebabnya gerangan, setiap kali anda duduk di dekatku, anda selalu berujar begitu? Maka diceritakannya kepada ku cerita Selendang Merah itu."

93  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0698.
Dari Anas r.a., katanya: "Seorang anak Yahudi yang dulu pernah menjadi pelayan Nabi jatuh sakit. Kerana itu Nabi saw. datang mengunjunginya dan duduk di dekat kepalanya. Sabda Nabi kepadanya: "Islamlah!" Anak itu menoleh kepada bapaknya. Kata bapanya, "Patuhilah Abul Qasim!" Lalu anak itu masuk Islam. Sesudah itu Nabi saw. keluar dan bersabda. "Segala puji bagi Allah yang telah melepaskannya dari neraka."

94  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1860.
Dari Zainab binti Jahsyi r.a. bahawa dia berkata: Pada suatu kali Nabi saw. bangun dari tidurnya dengan muka merah. Beliau mengucapkan: "Tiada Tuhan selain dari Allah. Malang bangsa Arab, disebabkan bahaya yang hampir terjadi. Di hari ini telah terbuka tembok Yakjuj dan Makjuj, serupa ini." Sufyan yang meriwayatkan hadis mengisyaratkan dengan jarinya sembilan puluh atau seratus. Ada orang bertanya: "Binasakah kami, sedang di antara kami masih ada orang-orang yang baik?" Jawab Nabi: "Ya, binasa! Apabila banyak yang buruk."

95  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2020.
Dari Anas r.a. katanya: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila telah terjadi kiamat, aku diberi hak untuk menolong. Lalu aku memohon: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah ke dalam syurga orang yang dalam hatinya ada (iman) sebesar biji sawi!" Lalu mereka masuk syurga. Kemudian itu aku bermohon lagi: "Masukkanlah ke dalam syurga orang yang ada dalam hatinya (keimanan) biarpun sangat kecil." Kata Anas: "Seolah-olah saya melihat anak jari Rasulullah saw. (menggambarkan kecilnya)."

96  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0939.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sebulan itu ada sebegini dan (tambah) sebegini. Dan beliau menekukkan ibu jari beliau pada kali yang ketiga."

97  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1747.
Dari Sahl r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Saya diutus Tuhan ketika jarak antara saya dan hari kiamat adalah seperti ini." Lalu beliau mengancungkan dua anak jarinya dan mengembangkannya.

98  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1364.
Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: "Mengapa tidak engkau senangkan hati saya berkenaan dengan Zul Khalashah? Zul Khalashah itu sebuah rumah berhala suku Khasaam yang dinamakan "Kaabah Yamaniah". Kata Jarir: Saya lalu berangkat dengan seratus lima puluh orang berkuda daripada suku Ahmas. Mereka semua ahli mengenderai kuda, dan saya tidak dapat tetap di atas punggung kuda. Beliau lalu memukul dada saya sehingga kelihatan bekas jari beliau di dada saya. Beliau mendoa: "Ya Allah! Tetapkanlah ia duduk di atas kuda, dan jadikanlah ia penunjuk yang benar!" Jarir berangkat ke Zul Khalashah, lalu dipecahnya dan dibakarnya. Kemudian ia mengirim utusan kepada Rasulullah s.a.w. memberi khabar kepada beliau. Utusan Jarir berkata: "Demi Tuhan yang mengutus tuan dengan kebenaran, saya datang menghadap tuan ketika saya tinggalkan Zul Khalashah itu seolah-olah untanya sakit". Lalu beliau mendoakan keberkatan untuk pasukan kuda dari suku Ahmas dan pemimpin-pemimpin mereka. Beliau doakan sampai lima kali.

99  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0122.
Anas bin Malik r.a. bercerita: "Saya melihat Rasulullah saw. dan ketika itu waktu Asar telah tiba. Orang banyak mencari air untuk berwuduk, tetapi mereka tidak memperolehnya. Tiba-tiba ada seseorang membawakan air untuk Rasulullah saw. berwuduk. Rasulullah meletakkan tangannya ke dalam bejana tempat air itu, dan menyuruh orang semuanya berwuduk dari situ. Kata Anas, "Saya lihat air keluar dari ujung-ujung jari beliau, sehingga semua orang dapat berwuduk dengan air itu."

100  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0445.
Diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. pernah bersabda: "Aku disuruh sujud di atas tujuh tulang." Beliau memberi isyarat dengan tangan beliau ke hidungnya, kedua tangannya, dua lutut, hujung kedua kaki , hujung ibu jari kaki dan kami tidak mengikat kain dan rambut."